Tuesday, October 30, 2007

Pandai melawa je!!!

Assalamu'alaikum,

Bila bercerita pasal jalanraya, perkara yang utama adalah keselamatan (safety first), kalau org ada akai. Tapi kalau yg tak berakal yg utama adalah nak cantek. Tak selamat takpe.

Di Melaka, org2 yg bertanggungjawab terhadap jalanrayanya tidak menggunakan asas keselamatan sebagai kayu ukur. Mereka lebih kepada hendak make-up jalan2 yang ada. Biar nampak cantek mata memandang.Apa lagi kalau mata yg memandang tu mata orang luar dari Melaka. Keselamatan jalanraya di tempat kedua, kalau tak pun mungkin tangga ke sepuluh.

Kalau anda lihat jalan-jalan di Melaka, lampu cantik dan mahal. Tiang lampu cantik dengan kerawang-kerawang dan warna warni. Bila malam lampu lip-lap lip-lap mempersonakan.

Tapi berhati-hati! Dalam memandang lampu cantik roda kenderaan anda mungkin akan di telan oleh lubang2 yang di tampal bagai melepas batuk di tangga,Atau jika anda penunggang motosikal kapcai( tapi bukan mat rempit), anda mungkin akan jadi penghuni Hospital Melaka dengan kaki dan tangan anda di simen.

Telah banyak kejadian sebegini. Kalau pihak yang bertanggungjawab MAHU melihat, pasti mereka akan tahu masaalah ini.

Mungkin tindakan akan di ambil jika anak2 mereka menjadi mangsa.

Selain itu, pokok-pokok di tepi jalan tidak di maintain. Dahan-dahan dan daun rimbun di biarkan sehingga banyak papan tanda terlindung. Malah di Ayer Keroh berhampiran mahkamah, hentian bas pun terlindung!!Tak ada akal ke pihak ni?Mungkin mereka ini OKA(orang kurang akal).

No comments: